Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru!

Dari dulu lagi,aku memang tak suka tahun baru.Ya,memang sebab sekolah akan mula balik.Mana tahan cuti sebulan.Otak dah elok-elok 'setting' bangun pukul 12 tengah hari.Tiba-tiba kena bangun pukul 6 pagi balik.

Aku ingat lagi,masa di asrama dulu.

Benci gila balik asrama(kawan-kawan panggil 'masuk penjara').Jumpa balik warden-warden.Hidup jadi celaka semula.Memang celaka.Hari-hari mesti ada warden nak cari pasal dengan kitorang.

Paling sedap masa nak masuk Tingkatan 5.Ini tahun yang ditunggu.Menjadi super senior.Boleh buli junior.Ini sedap.

'Pow' ration junior.
Suruh junior basuh baju aku.
Orientasi dorm.
Bagi nama panggilan kat junior.

Kalau lah,setiap tahun jadi tingkatan 5.Alangkah indah!

Thursday, December 25, 2008

Mama Saya Tak Ajar

Gua-gua da ta market.Tak indie pakai gua-gua ni macam budak-budak sekarang cakap.So,aku.Indie sket.

Sekarang banyak istilah-istilah baru da keluar.Orang-orang season tatawu sangat 'terms' baru ni.Diorang pun malas nak amik tawu sebab bukan diorang buleh guna kot.Season-season,ikut style season.Baru rock kapak!

'tacing' - amik hati

'indie' - (istilah nak meng'anjing' kawan)
*ni untuk membe-membe yang pesyen baju nak de caption-caption 'jiwa kosong',and jiwa2 lain ah.Patu sembang pasal gig nak mangat telebey.

'gila baba' - carut cara mesra,
*budak-budak zaman sekarang tak suka mencarut.see!

'maket' - ramai peminat/fans/secret admire..macam-macam lagilah.

So,sapa cakap anak-anak muda sekarang tak poduktif,kurang ajar dan tak de seni?

Wednesday, December 10, 2008

Google dan Sireh

Minggu lepas gua lawat nenek gua(Nek Su Cengih) di Aloq Staq.Cuti-cuti kan.Gua kenalah jadi cucu modal insan.

Gua bawak laptop.

blue cube celcom.

Mouse.

DVD House season 5.

itu saja selain beg baju.Sengaja gua bawak laptop,senang nak 'online'.Kampong gua 'remote' sangat.Bosan.Ye ar,kampong pon dalam 'area' taman perumahan.

Pa cita?

tak macam kampong lah!

----

"eh lebam,hang main apa tu kat laptop?"-Nek Su Cengih

"gua bukan main Nek Su Cengih.Gua tengah 'search' kt google ni!"-Lebam

*bukan nak jadi 'kuajaq' la..tapi ini prinsip gua.Gua tak kira pangkat,harta ataupun darjat..semua orang,gua bahasakan 'gua'.ini PRINSIP.

"menatang ni buleh buat apa?Khusyuk benaq hang main ni.."-Nek Su Cengih

"menatang ni..kalu Nek Su Cengih ada kemusykilan,tanya je.Gerenti ada jawapan..aada beran?"-Lebam

"OoOo..(buat-buat paham)"-Nek Su Cengih

"Nek Su Cengih nak tanya apa-apa tak?"-Lebam

"Kejap-kejap,Nek Su Cengih nak pikiaq sat.."-Nek Su Cengih

.....

Gua tengah 'surf' internet.Lagi.

"Lebam,tolong tanya kat 'gugel' tuh..Mak Ngah ko tuh sihat ke tak?"

Monday, December 8, 2008

Hepi Bufday

Gua sangat hepi.

Ada orang da 'start' nak baca blog gua.

Gua bahagia.

Tolong 'drop' comment yeh!Baru respond!

Pa cita?

Hari ini Raya Haji dol!

Pagi-pagi dah hujan lebat.

Pa cita?

Sejuk sangat doe!Gua nak tak nak je nak pergi solat raya.Tapi,nasib bapak gua 'sound' suruh bangun mandi.

Bapak gua pulak pehal lak nak suruh mandi-mandi pagi sejuk macam ni.Kang gua mati keras..Tak ada siapa nak 'perabih' rendang mak aku masak karang.

Pa cita?

....

Sampai mesjid,gua da lenjun.Datang naik kereta,payung tak bawak pulak.Tak 'glam' ar nak solat raya baju basah-basah.

Selepas solat raya,ada khutbah pulak..

"ni apehal lak kepala gua berat semacam je!"

tak boleh blah...

...

'eh lebam,tadi khutbah raya pasal ape ko tawu tak?Ha..tido la tu,tak dengar ah tu!'bapak gua saje-saje tanya nak provokasi gua.

'ala...pasal ni la..pom pam pom pam(aku goreng cerita)'

'ooo...betul-betul."Bapak gua angguk-angguk.

Sah-sah bapak gua pon tidor jugak time khutbah.

Friday, November 21, 2008

Table For Three

Hari ini gua suka hati.Keluar dengan gadis.Baru kenal.Sikit punya berat nak umpan ajak dia keluar.Macam-macam refrens,taktik,strategi gua pakai nak umpan.Nak pancing Adibah Noor ajak hang out pun tak berat macam ni.Nasib dapat.

Bertuah.

tetettttt...tetettt...

gadis,"aku ajak kawan aku ikut eh.sorang je.."



JADAH.

Kacau stim betul.

Monday, November 17, 2008

Great power Always comes with great responsible

(bayangkan watak Uncle Ben tengah cakap ayat ini dalam spiderman-1)

Sebulan lepas gua bertukar jenama rokok yang baru.Dulu time gua masih 'orang baru' dalam arena merokok,gua layan PallMall.Tapi sejak,harga rokok makin naik.Gua bertukar kepada jenama yang baru.Kali ini,rokok jenama tu lagi mahal.Tapi bak kata bapak gua,"Alang-alang membeli,biar yang mahal.Kualiti terbaik."


(bayangkan bunyi latar doraemon perkenalkan alat ajaibnya)

Dialah Malboro Intense.Terbaik.


Orang-orang selalu tanya kat perokok-perokok macam gua."Ape rase rokok eh?".Banyak kali,acap kali.Gua tak larat nak jawab dah.Ini last and for all gua jawab soalan ni.Lepas ni,siapa yang tanya kat gua lagi,gua akan tiru gaya ala-ala saloma tengah malu stim sambil gigit hujung jari macam dalam filem 3 Abdul.Gua tak kira,gua tak malu nak buat.Ini jawapan gua,last and for all.

"rokok rasa macam kauorang on the way nak terhempas ke lantai masa terjun dari bangunan tingkat tujuh.."

Hazardous tapi masyuk.

Hari pertama gua berkenalan dengan Malboro Intense memang indah.Masa tu,rokok Pallmall gua da habis stok.Gua try tanya membe gua,"nak pancung sikit Intense ko..".Syukur,dia setuju.Thank god!

Gua try sepam.Pergh!Masyuk.Lain dari Pallmall gua.Seryes.Lepas 4 kali pancungan,kepala gua goyang-goyang.Itu petanda mengantuk.Gua pun tidurlah.Masa tidur gua bermimpi.Sangat jelas untuk diingati.

Gua makan epal disaluti ais dan dicelup dengan madu.Sangat erotik.Sangat rare.

Masa tengah makan bendalah tu,gua berjalan di satu pesta keraian.Tiba-tiba gua terjumpa dengan anak-anak yatim buat muka dua posen.Sangat touching bila gua dengan diorang,lantas gua cakap:

"Anak-anak terpilih sekalian,hari ini gua belanja kauorang makan epal ais bermadu..ambil-ambil jangan malu.."

(bayangkan adegan filem 3 abdul masa orang-orang ramai tengah serbu kedai Tuan Sadiq Segaraga)

Tiba-tiba,gua terbangun.Gua terpikir.

Hisap rokok dapat mendidik seseorang menjadi pemurah,mengambil berat hal anak yatim,kreatif dan sensitif.

Persoalannya sekarang,adakah Chef Wan hisap Malboro Intense untuk mencipta resepi?