Friday, November 21, 2008

Table For Three

Hari ini gua suka hati.Keluar dengan gadis.Baru kenal.Sikit punya berat nak umpan ajak dia keluar.Macam-macam refrens,taktik,strategi gua pakai nak umpan.Nak pancing Adibah Noor ajak hang out pun tak berat macam ni.Nasib dapat.

Bertuah.

tetettttt...tetettt...

gadis,"aku ajak kawan aku ikut eh.sorang je.."



JADAH.

Kacau stim betul.

Monday, November 17, 2008

Great power Always comes with great responsible

(bayangkan watak Uncle Ben tengah cakap ayat ini dalam spiderman-1)

Sebulan lepas gua bertukar jenama rokok yang baru.Dulu time gua masih 'orang baru' dalam arena merokok,gua layan PallMall.Tapi sejak,harga rokok makin naik.Gua bertukar kepada jenama yang baru.Kali ini,rokok jenama tu lagi mahal.Tapi bak kata bapak gua,"Alang-alang membeli,biar yang mahal.Kualiti terbaik."


(bayangkan bunyi latar doraemon perkenalkan alat ajaibnya)

Dialah Malboro Intense.Terbaik.


Orang-orang selalu tanya kat perokok-perokok macam gua."Ape rase rokok eh?".Banyak kali,acap kali.Gua tak larat nak jawab dah.Ini last and for all gua jawab soalan ni.Lepas ni,siapa yang tanya kat gua lagi,gua akan tiru gaya ala-ala saloma tengah malu stim sambil gigit hujung jari macam dalam filem 3 Abdul.Gua tak kira,gua tak malu nak buat.Ini jawapan gua,last and for all.

"rokok rasa macam kauorang on the way nak terhempas ke lantai masa terjun dari bangunan tingkat tujuh.."

Hazardous tapi masyuk.

Hari pertama gua berkenalan dengan Malboro Intense memang indah.Masa tu,rokok Pallmall gua da habis stok.Gua try tanya membe gua,"nak pancung sikit Intense ko..".Syukur,dia setuju.Thank god!

Gua try sepam.Pergh!Masyuk.Lain dari Pallmall gua.Seryes.Lepas 4 kali pancungan,kepala gua goyang-goyang.Itu petanda mengantuk.Gua pun tidurlah.Masa tidur gua bermimpi.Sangat jelas untuk diingati.

Gua makan epal disaluti ais dan dicelup dengan madu.Sangat erotik.Sangat rare.

Masa tengah makan bendalah tu,gua berjalan di satu pesta keraian.Tiba-tiba gua terjumpa dengan anak-anak yatim buat muka dua posen.Sangat touching bila gua dengan diorang,lantas gua cakap:

"Anak-anak terpilih sekalian,hari ini gua belanja kauorang makan epal ais bermadu..ambil-ambil jangan malu.."

(bayangkan adegan filem 3 abdul masa orang-orang ramai tengah serbu kedai Tuan Sadiq Segaraga)

Tiba-tiba,gua terbangun.Gua terpikir.

Hisap rokok dapat mendidik seseorang menjadi pemurah,mengambil berat hal anak yatim,kreatif dan sensitif.

Persoalannya sekarang,adakah Chef Wan hisap Malboro Intense untuk mencipta resepi?

Thursday, November 13, 2008

Jangan Salahkan Kaki Kalau Tak Pernah Terpilih Jadi Sprinter Rumah Sukan

Cuti memang best untuk semua budak-budak yang tengah belajar.Gua best gak,gua blaja kt asasi.Habis exam,cuti.Memang melompat-melompatlah kitorang sebab ta yah bawak balik buku.Cuti lenggang,boleh kacau anak dara orang.

Malam sebelum balik tu,biasalah.Mesti geng-geng gua tak tidur punya.Geng-geng gua bantai main DOTA sampai lebam-lebam mata.Sebelum ni,selalu kalau diorang main,gua akan pikir,"tok ang..game bodoh camnih pon korang main ke..".So,aku try ah sekali main DOTA ni.Time tengah main,aku asyik mencarut-carut,"tok ang..tok ang....tok ang" bila kena hit dengan geng gua(mestilah opponent side,tak kan side sama kot).

monolog hati:Game ni tak sesuai untuk orang yang bijak macam gua.Bagi gua game yang bijak adalah Loco Roco.

Sedap-sedap gua main benda alah tuh.Terkejut gua,sekarang pukul 3 pagi.Gua kena tidor.Esok gua balik penang naik flight pukul 12 p.m.What...the...fook...da lewat dan gua terus tido.

Satu kesilapan.

"tok ang...tok ang...tok ang...asal aku bangun pukul 10 nih!"

Gua tido,tapi tak bagitau kawan suruh kejut pukul 9 pagi.Gua kena check-in awal sejam.Gua tak pikir ape.Gua trus tukar baju then tacap2 sket muka kasi nampak fresh.(teknik optical ilusion)..trusss gua kua bilik gi destinasi gua.

Selebihnya,apa yang terjadi..gua tak payah cerita.Korang mesti tawu punya.Gua bukan flashman nak lari-lari laju.Gua dulu time hari sukan pon tak pernah terpilih jadi sprinter rumah sukan.Jadi maskot adelah.Loser.

Gua terlepas flight.Kena beli tiket baru.

Sepanjang cuti tu,bapak gua 'touching' lebeyh dengan gua.Tak ade gurau-gurau sama anak bapak macam dalam astro ceria 'Afi dan Abah".